Friday, October 31, 2014

Favourite Youtube Channel


Assalamualaikum w.b.t

Kali ni tetiba rasa nak share pasal sesuatu. Pasal favourite youtube channel. Kalau buka je youtube, memang tak sah kalau tak search dan tengok video diorang ni. Maaf. Semuanya berkaitan hiburan je. Ekceli, nad tak berapa suka sangat search pasal video agama kat youtube. Tak tahu kenapa. Hee.







SAM TSUI
First of all, maybe some people dah kenal dengan mamat ni. Yes. Jejaka yang diberi nama Samuel Tsui yang merupakan artis youtube. Dilahirkan pada 2 May 1989 (tua 6 tahun je. Hihi) di Pennsylvania, US. Seorang penyanyi dan penulis lagu. Banyak menyanyikan lagu cover daripada artis terkenal seperti lagu Someone Like You, Human, If I Die Young dan sebagainya. Tahun aktif  di youtube pada tahun 2008 sampai sekarang. First time tengok video dia ni, dah tertarik dan terpukau semacam. Suara dah la sedap. Plus dengan handsome lagi tu. Memang melting la jadinya. Wuwuwu





TIFFANY ALVORD
Gadis cantik manis ni bernama Tiffany Lynn Alvord. Dilahirkan pada 11 Disember 1992. Mula-mula tu nad ingat dia ni berumur 25 tahun ke atas. Rupa-rupanya muda lagi tu. Tapi muka macam matured je. Susah juga nak bezakan remaja atau dewasa. Suka tengok rambut dia ni. Lurus dan kemas je. Haha. Merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan banyak juga menyanyikan lagu cover (boleh search sendiri la). Aktif menyanyi di youtube pada tahun 2008 sehingga sekarang. Mempunyai lebih 300 juta video viewers, 1.4 juta subscribers. Menulis lagu pertama ketika berusia 10 tahun. Muda muda lagi dah menulis lagu. Waktu tu maybe kita masih lagi main kejar kejar dengan police and thieves. Haha.






MADILYN BAILEY
Gadis cantik molek ni baru je berusia 18 tahun. Muda lagi tu. Tapi dah popular. Suara dah la sedap (jealous mehh). Dikenali dengan nama Maddy dalam kalangan kawan-kawan. Mempunyai 40000 subscribers dan total views. Suka tengok warna rambut dia. Sesuai dengan rambut dia yang pendek tu. Hihi.








MEGAN NICOLE
Gadis comel ni dilahirkan pada 1 September 1993 di Houston. Muda lagi ni. Muka pun comel je. Macam budak-budak. Dibesarkan di Texas.  First video di'upload' pada tahun 2009. Mempunyai 1.5 juta subscribers dan 350 juta video view. Nad paling suka lagu cover dia dengan Tiffany Alvord, lagu Safe and Sound. Pasangan duet yang bagus.




DAIYAN TRISHA
Haa.. Ni baru artis youtube dari Malaysia. Diberi nama Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin. Merupakan seorang penyanyi, model, pelakon sambilan. Pelajar UITM dalam bidang perakaunan. Baru berusia21 tahun. Asal Bangi, Selangor.  Rasanya Daiyan pernah nyanyikan lagu tema Ceria Popstar dengan Akim Ahmad tu. Dan dia juga pernah muncul dalam rancangan Impian Suria Fair & Lovely (tak sure betul ke tak nama rancangan tu).




SHAZREEN FAZLYNDA

Nad paling suka tengok video akak Shazreen ni sebab video dia majoritynya kelakar dan best. Tapi tak lupa juga, terselit beberapa pengajaran yang patut dicontohi. Pandai kot akak ni berlakon. Vlogger la katakan. Rasanya akak ni asal Penang. Masih bergelar pelajar di Unisel dalam bidang TESL (kalau tak silap la). Kalau akak ni cakap loghat utara dia, memang pekat la. Dia kan orang Penang. Hehe.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg