Monday, November 3, 2014

Cabaran November #1 - 11 Tempat Ingin Dilawati Di Malaysia

                     
                       

Klik banner untuk join

Assalamualaikum w.b.t.

So, ni first time nad join cabaran macam ni. Selama ni asyik duk tengok orang join (stalker. haha). Tapi kali ni biarlah nad try pula. Boleh elakkan daripada kekeringan idea juga. Hee. Rasanya cabaran yang ni payah sikit nad nak fikir memandangkan semua negeri nad pernah travel kecuali Sabah je. Tapi tak apa la. Jom perah otak. Haha

  1. Gunung Kinabalu (Sabah). Nak pergi hiking. Tak pernah lagi pergi hiking. Kalau boleh nak pergi berjemaah. Baru meriah sikit. Boleh bayangkan permandangan yang indah dari puncak gunung tu. Perghh.
  2. Pulau Sipadan (Sabah). Pulau ni agak cantik. Boleh rehatkan minda kat situ. Airnya jernih je. Sejuk mata memandang.
  3. Kampung Kelip-Kelip Kampung Kuantan (Selangor). Ni paling kelakar. Padahal kat negeri sendiri. Ye la. Nak pergi tengok kelip-kelip, kena tengok waktu malam. Family pula jenis yang tak keluar malam. Memang payah la nak pergi tengok.
  4. Escape Park (Penang). Yang ni memang teringin sangat nak pergi. Sebab tempat ni semuanya outdoor activity. Memang favourite la. Dah lama tak buat outdoor activity ni.
  5. Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam (Selangor). Yang ni memang baru je tahu pasal tempat ni. Port yang paling best nak posing dan snap gambar. Yang ni agak moden sikit. Pernah pergi street art yang kat Penang tu. Yang tu agak tradisional sebab still ada bangunan lama kat situ.
  6. Taman Negara (Pahang). Yang ni sejak dulu lagi nak pergi. Tapi tak kesampaian. Sebab family tak suka masuk hutan ni. Nad je yang suka keluar masuk hutan sebab dulu selalu join camping kat hutan. Hihi.
  7. Rantau Panjang (Kelantan). Tempat ni of course la perempuan paling suka pergi. Sebab ibarat syurga untuk  membeli-belah. Pernah pergi kelantan sekali je. Tu pun tak sempat pergi Rantau Panjang ni.
  8. Pasar Serikin, Kuching (Sarawak). Hari tu pergi Sarawak, tak sempat pergi pasar ni. Agak terkilan la sikit. Dengar cerita pasar ni agak famous la juga. Barangan yang dijual pun murah murah.

Rasanya tu la yang mampu nad dapat hasil daripada perahan otak ni. Hehe. Maaf sebab tak cukup 11 tempat. Kalau ada idea lagi, lain kali nad tambah lagi ye. Asif jiddan.



Gunung Kinabalu



Pulau Sipadan



Kampung Kelip-Kelip



Escape Park



Laman Seni Seksyen 7



Pasar Serikin



Rantau Panjang




Taman Negara

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg