Sunday, November 16, 2014

Cabaran November #2 [#5] - Gambar Gajet Kesayangan Anda



Assalamualaikum w.b.t.

Samsung Galaxy Tab 2 10.1

Ini lah gajet yang nad sayang sangat sangat hingga hujung nyawa (over tu). Nad sayang sangat tab ni sebab tab ni nad pakai duit sendiri tau. Tak guna sesen pun duit abah. Punya la payah dulu nak pujuk abah supaya beli tab ni guna duit nad sendiri. Bila dah dapat izin abah, rasa macam nak buat lompat bintang je. Hihi. Bukannya tak nak minta abah belikan. Cuma abah ni payah sikit nak suruh belikan gajet ni. Bukannay abah kedekut. Tak. Tak sama sekali. Abah kenakan syarat kalau kitorang nad dapat gajet tu. Contohnya kena dapat result macam tu la. Macam ni la. Biasa la. Masa dulu kan tab tengah popular. Baru keluar dari oven panas. Tu yang tak menyempat tu nak beli. Sampaikan sanggup guna duit sendiri. Tak apa la. Janji hati sendiri puas. Haha.

*Title gajet kesayangan ni akan dilucutkan dari tab ni if one day nad dapat DSLR. Bukannya lupa diri cuma dah lama mengidam nak ada DSLR. Moga-moga dapat la juga merasa nak pakai DSLR nanti. In shaa Allah*

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg