Saturday, November 8, 2014

Prank. Special For You



Assalamualaikum w.b.t.

Nad dah lama tak prank orang ni. Oppss. Silap. Tak kena prank. Haha. Asyik join prank orang lain je. Zaman sekolah dulu pernah la juga kena prank dengan geng. Sampai menangis bagai. Haha. Sekarang macam jarang dah. Tak pernah kena prank dengan housemates lagi. Alhamdulillah. Sebab birthday nad jatuh pada musim cuti sem. Untung sangat kan. Tak payah kena itu, kena ini. Kena baling telur, tepung la. Kena simbah air sejuk atau air yang entah apa-apa tu.

Alkisahnya bermula semalam. Sebenarnya dah lama plan cuma baru nak confirmkan balik. Sebab nak buat semua tu hari ni. Nak prank dan celebrate birthday Fiqa. Buat awal sehari pula tu. Baru la rare kan. Hihi. Kali ni nad yang terlebih excited sebab tengah cuti sem kan. Boleh jumpa sekali. Rinduu. Siap buat group lain khas untuk prank budak ni. Haha. 

First plan nak buat kat Taman Metropolitan Kepong je. Alaa... taman layang-layang yang famous tu. Nad yang suggest sebab first time boleh pergi dengan diorang. Tapi harus la ada back up plan. Takut first plan tak menjadi. Back up plannya just datang ke rumah mangsa ni dan buat je semua tu kat situ. Then, si Aisya ni pula bagi cadangan dari kepala otak dia ni yang boleh tahan juga. Beria dia plan sekali dengan kitorang padahal dia bukannya balik sini pun. Hehe. Aisya ni pula suggest supaya kitorang marah si Fiqa kaw kaw. Biar dia rasa sedih. Muahaha (terserlah kejahatan di situ) .

Nad pula berlakon la macam nak pergi jog sama-sama dengan diorang kat taman tu. Punya la payah nak yakinkan Fiqa ni supaya pergi waktu pagi. Macam-macam bagi alasan. Macam excited sangat nak pergi taman tu. Tup tup tak jadi pergi. Sebab katanya hujan. Ikut je la cakap driver kan. Kita ni menumpang je. Tetiba Yana suruh kita berlakon marah marah kat dia. Apa lagi, mengamuk la jadinya. Cakap itu ini la. Marah sebab dah lama tunggu tapi last last tak jadi. Sampaikan si Fiqa ni hantar mesej yang panjang minta maaf kat group. Touching la tu. Rasa kesian pun ada. Masa tu rasa macam nak gelak berguling-guling je. Sebab plan nak marah dia dan buat dia touching tu menjadi. Sorry la ehh.



Mesej yang Fiqa hantar. Nad memang kejam masa tu. Muahaha

Then, plan la balik semula untuk buat waktu petang pula. Terkejar ke sana ke mari semata-mata nak bagi plan ni menjadi. Siap berpakat dengan mama abah Fiqa lagi. Memang terbaik la. Haha. Bila dia dah datang tu, apa lagi macam biasa la. Keluarkan kek dan nyanyi lagu Happy Birthday. Rasa rindu pula dengan zaman sekolah dulu. Huhu. Dia ni dah tahu yang kitorang nak baling dia dengan air yang tidak diketahui apa isinya. Haha. Last last kena simbah juga. Yana yang mulakan dulu. Ye la. Bila dia dah turun motor tu, memang kena la kan. Btw, sanah helwah my cutie pie. May Allah bless you for your entire life. Stay cute and pretty, ok. Love you to the moon and back ;)


Tak sia-sia kau kena marah dengan kitorang. See. Nad boleh jadi pelakon terbaik lepas ni. Haha. Bukan senang nad nak marah orang macam tu. Lagi-lagi marah dalam mesej je.



Uhibbuki jiddan 






2 comments:

  1. amboii ssiap prank lg ye? hb too fiqa ye? :)

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak buat prank ni. Haha. Thanks. Nanti saya sampaikan kt dye :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg