Monday, June 2, 2014

All About UniMAP



Assalamualaikum w.b.t, guys. Holla. Hihi. Untuk entry kali ni, nad nak story pasal UniMAP. Well, nad kan student UniMAP *jangan nak poyo sangat, nad* Lagipun nad tak pernah story lagi pasal universiti yang tercinta ni. Kihkihkih. UniMAP atau nama penuhnya Universiti Malaysia Perlis. Terletak di negeri Perlis yang kecik molek tu. Ecehh. Dulu dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM). Kiranya dulu universiti ni macam kolej swasta sebelum dinaik taraf menjadi sebuah IPTA. Ditubuhkan pada tahun 2002. Masih baru la juga. Dalam 12 tahun macam tu. Sama umur dengan adik nad. Hihi.

Mesti ramai yang tertanya-tanya dan berkata "UniMAP? Kat Pahang, ek?", "UniMAP? Tak pernah tahu pon. Tak famous la tu". Actually, ramai yang selalu asssume UniMAP ni kat Pahang. Copp.. UMP (Universiti Malaysia Pahang) la yang kat Pahang tu. Nasib baik tak pernah lagi dengar orang cakap UniMAP ni kat Perak. Kalau tak, boleh nak ketuk kepala dia dengan tukul Thor tu. Just kidding. Hehe. UniMAP ni tak terkenal? UniMAP ni memang tak terkenal kat Malaysia sangat. Tak la selalu sangat masuk paper rasanya kot. Ada je rasanya pernah masuk paper. Tapi UniMAP ni lebih terkenal kat luar negara. Tu kata naib canselor la.

Mesti ramai yang tertanya-tanya juga, apa keistimewaannya UniMAP ni berbanding IPTA yang lain. Dah la jauh kat hujung negara pula tu. Ehh.. jangan pandang sebelah mata tau. "Don't judge a book by it's cover" bak kata omputeh. UniMAP mesti la ada keistimewaan tersendiri yang menjadi tarikan students further study kat sini. Antara keistimewaannya ialah:

1- Terletak di negeri Perlis yang jauh dari segala kesesakan dan pencemaran macam kat bandar. So, aman sikit la hidup kat sini walaupun dalam serba sederhana. Best stay sini untuk orang bandar macam nad ni. Dapat suasana dan pengalaman baru.

2- Mempunyai kampus yang berterabur dan merata tempat dalam negeri Perlis. Seperti orang selalu kata "Perlis dalam UniMAP, bukannya UniMAP dalam Perlis". Sampaikan nad tak berapa hafal sangat kat mana terletaknya kampus yang lain. Kampus yang berterabur ni membolehkan nad pusing pusing cuci mata satu Perlis. Hihi.

3- Main campus terletak kat Pauh. Kampus yang paling besar sekali daripada yang lain. Pauh ada beberapa buah bangunan school yang mempunyai pelbagai kemudahan, bengkel, dewan kuliah, kolej kediaman dan lain-lain lagi. School nad tumpang bangunan school yang lain kat Pauh sebab bangunannya tak siap lagi. Kompleks sukan pon dekat je dari main campus ni.

4- Mempunyai 2 buah library. Kat main campus dan Kangar. Kalau malas nak pergi library Pauh sebab jauh sikit, boleh datang ke library kat Kangar.

5- Pengangkutan utama kat sini ialah bas UniMAP memandangkan bas UniMAP memang banyak disediakan untuk kegunaan student. Kebanyakan pergerakan menggunakan bas memandangkan kampusnya berterabur. Pergi kelas, dewan exam, library dan lain-lain dengan menaiki bas. Melainkan kalau class dekat sangat kolej kediaman. Macam sem 2 nad yang lepas, kebanyakan class kat seberang kolej kediaman je. Jalan kaki je. Exercise sikit. Kalau nak pergi bandar Kangar, naik bas uni je. Jimat duit sikit. Hehe

6- Kolej kediaman disediakan sampai la sem kedua terakhir. Sebab sem terakhir tu merupakan latihan industri (praktikal). Kalau kebanyakan universiti lain, masuk tahun kedua dah kena cari rumah sewa. Penginapan tak disediakan. Tapi tak di UniMAP. Maybe sebab Perlis tak ada banyak rumah sangat dan kampus UniMAP ni berterabur kot. Agak menyusahkan la kalau tinggal kat luar. Public transport tak ada kat sini. Tempat tinggal pula bukan dalam bentuk dorm. Sama ada dalam bentuk rumah teres atau apartment. Kalau kolej kediaman nad, student perempuan tinggal dalam rumah teres 2 tingkat. Lelaki pula tinggal dalam apartment *boleh la bajet macam stay kat IPTS. Hahaha* Kalau kolej kediaman UniMAP yang lain, nad tak tau la. Sebab kolej kediaman nad just untuk student diploma je. Nad pun tak kira ada berapa kolej kediaman yang ada kat sini.

Fuhh.. penat juga nad story mory ni. Tapi, tak apa la. Nak share information dengan korang. Apa la sangat. Lagi lagi kepada pelajar lepasan SPM atau calon SPM terutama bakal student UniMAP. Sebab sebelum ni, nad tak berapa tahu sangat pasal UniMAP ni. Dah jadi student, baru tahu. Tu pun sebelum register tahun lepas, abah yang carikan info pasal U ni. Tapi anak dia ni boleh buat relax je. Teruk betul perangai. Hihi. And fyi juga, course yang ditawarkan untuk diploma hanya course engineering je. Electrical system, Computer, Microelectronic, Metallurgical, Mechatronic dan Manufacturing Engineering. Untuk degree ada juga course selain engineering. Tapi, nad tak ingat la sebab banyak sangat.

Dah setahun nad merantau kat sana seorang diri. Means, hanya nad seorang je wakil dari sekolah nad yang further study kat sini. Mula-mula tu terasa payah sikit nak sesuaikan diri dengan suasana kat sini. First time berjauhan dengan family. Ada la culture shock sikit. Biasa la, adat kehidupan ada jatuh bangunnya. Lama-lama tu dah ok sikit. Rasa macam selesa sangat stay kat sini. Btw, kepada sesiapa yang dah dapat result UPU tu, masih tak terlambat untuk nad ucapkan tahniah dan all the best. Belajar elok elok. Kepada yang tak berjaya tu, jangan bersedih. Maybe tak ada rezeki lagi. Tak semestinya tak dapat further study, tak boleh berjaya dalam hidup. Pasti ada hikmah disebaliknya. Dan kepada bakal mahasiswa mahasiswi UniMAP sesi 2014/2015, selamat datang ke UniMAP. Dah masuk tu, cari je la nad kalau ada apa-apa. Cehh. In shaa Allah. Nad akan sedia membantu anda. Tu pun kalau mood garang nad tak ada la. Ehh.. Hehe. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal U ni, boleh cari kat laman web UniMAP. Sebab nad bukannya tahu sangat. Sikit sikit je. Hee


Serba sedikit fakta pasal UniMaP. Ni pun nad tak berapa hafal sangat. Haisshh.. Buat malu je. Nasib baik nad bukan PPMS, MPKK atau MPP. Hehe

Kopi pasta from 2nd blog

Wedding Ceremony



Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua?? Sihat tak?? Harap sihat la. Nad sihat je. Alhamdulillah. Tetiba je nak buat entry pasal wedding ceremony. Idea ni datang semasa nad pergi satu wedding ceremony siang tadi. Sebelum ni nad bukannya suka sangat pergi wedding ceremony ni. Sejak zaman budak-budak lagi. Mesti ada sebabnya kan?? Of course la ada, guys. Sebab utamanya satu je. Tak suka pakai baju kurung. Rimas!! Hahaha. Tu waktu alkisah zaman budak hingusan meleleh-leleh la. Hikhik. Sekarang tak lagi. Follow je parent pergi wedding ceremony. Kenapa nad tak suka pakai baju kurung sampaikan tak suka pergi wedding ceremony, ye?? Agak agak korang apa sebabnya?? Sebab dulu nad ni macam tomboy sikit. Yes, quite boyish dulu. Sekarang tak la sangat walaupun tak berubah sepenuhnya. Hehe ;)



But now nak share sikit apa benda yang nad tak suka dalam sesuatu wedding ceremony ni. Dalam banyak banyak wedding ceremony, mesti ada beberapa perkara yang nad tak berapa nak suka. "Elehh. Kau tak suka wedding ceremony orang lain. Nanti macam la wedding ceremony kau tu perfect 10 dan gempak sangat". No, ni just pendapat nad je. Nak terima, it's up to you. Tak nak terima pergi main jauh jauh. Tak payah duk menyemak kat sini *main kasar pula*



First of all, nad tak suka la tengok orang yang pakai henna. Alaa. Inai yang bercorak berkerawang kerawang tu. Serabut kot. Macam dah wajib pakai je henna tu masa wedding ceremony. Nad bukannya apa. Nad tak suka sangat pakai inai ni. Pernah pakai sekali je. Lepas tu buat tak heran dah. Actually kita tak boleh pakai henna tu. Atas sebab apa, nad tak ingat la. Sebab dah banyak nad baca yang kita sememangnya tak boleh pakai henna tu atas sebab tertentu. Bukannya saja saja je tak boleh pakai. Mestilah ada sebabnya.



Next, nad tak suka sangat pakaian pengantin. Means, pakai pengantin tu ketat dan menampakkan bentuk tubuh badan. Kekadang tu rasa malu je nak tengok. Sebab pengantin perempuannya bertudung tapi pakaiannya ketat. Astaghfirullah. Macam kat drama Melayu, asal baju pengantin je mesti fit ikut badan.  Kena jaga pemakanan sebab takut tak muat pakai baju tu nanti. Haihh. Tak boleh ke pakai baju yang longgar sikit?? Asalkan tak ketat. Sekarang kan dah ada butik pengantin yang ada fashion designernya sendiri. Biar kena bayar mahal asalkan aurat tu terjaga. Baru je kahwin, tapi suami dah kena tanggung dosa isteri gara-gara pakaian yang ketat tu. Pakaian tu juga kalau boleh tak payah la panjang meleret. Macam dah boleh ringankan tugas tukang sapu pula. Boleh je nak pakai gaun, dress or apa-apa je la. Asalkan tak ketat dan panjang meleret. Tetap nampak cantik juga. Sejuk mata memandang.



Then, yang ni just pendapat nad. It's up to you. Mengikut citarasa masing-masing. Nad tak menggalakkan jauh lagi nak menghalang. Tepuk dada tanya selera. Nad paling tak suka high heels. Majority pengantin perempuan pasti akan pakai high heels semasa majlis mereka. Kasut yang blink blink dan class gitu, mak jemah oii. Kalah kasut Cinderella. Tak tahu kenapa nad tak boleh nak adapt dengan high heels. Padahal high heels tak buat salah apa pun kat nad. Maybe sebab nad tak selesa kot. Bila pakai high heels, susah nak jalan laju laju. Lagi-lagi nad ni orang yang suka jalan laju-laju dengan langkah yang besar. Hua hua hua. Bila pakai high heels, jalan slow motion mengalahkan model betul. Macam orang baru belajar berjalan gayanya. Feeling awkward gitu. Entah bila la nad boleh terima kehadiran high heels dalam hidup nad. Entah la, der.

Bila cerita kat mama pasal point pakaian tu, mama boleh cakap "Kakak kahwin nanti pakai jubah je la". Hahaha. Mentang-mentang la anak dia ni ex sekolah agama. Tapi nad tak la alim sangat. Jubah pun baru je ada 2 helai dalam simpanan. Teruk betul. Dulu pernah discuss dengan member yang bila nak kahwin satu hari nanti, nak pakat pakai flat shoes. Senang dan simple je. Entah jadi ke tak nanti. Takut mama tak bagi je nanti *dah mula nak berangan*. Hikhik

Perkara ni dah biasa berlaku zaman sekarang nie. Cabarannya ialah nak menolak semua ni. Ermm

Suka tengok akak Dena Bahrin yang kiut ni. Hehe

Saif comel je. Hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg