Tuesday, August 19, 2014

Tak Best Blogwalking Apabila...



Assalamualaikum w.b.t

Blogwalking merupakan elemen yang penting dalam dunia blogging. Sebab blogwalking boleh menaikkan trafik dan follower blog. Blogwalking juga membolehkan kita berkenal-kenalan dan menambahkan ilmu pengetahuan. *Awat skema sangat ayat cheq ini. Hahaha*. Tapi kadang-kadang tu ada something yang boleh spoilkan mood kita apabila ber'blogwalking' ni. Rasa menyirap je darah ini. Urut dada sambil tahan sabar. Rasa macam nak tekan pangkah je laju laju. Nad nak share beberapa perkara yang membuatkan kita rasa tak best apabila blogwalking. Nad pernah la alaminya juga dan maybe korang pun pernah alaminya.


1. Loading blog lambat. Ini merupakan sebab utama kenapa kita rasa geram semacam je apabila blogwalking. Abaikan apabila ber'blogwalking' menggunakan 'brooke band'. Sebab 'brooke band' memang linenya agak siput sedut sikit. Page blog tu lambat loading maybe disebabkan terlampau banyak letak widget. Rasanya macam semua widget nak diletaknya. Dari atas sampai la bawah. Nak check berat blog?? Click je kat SINI


2. Susun atur blog yang berterabur. Bukannya berterabur mana pun. Maksud nad kat sini, ada sesetengah orang letak widget kat bawah entry blog atau kat ruangan bawah sekali *kecuali copyright, ayat seperti 'Thanks for reading' dan ruangan komen*. Bagi nad, nad tak berapa suka sangat susunan yang sebegitu. Sebab kadangkala nad dah penat penat baca entry blog, tetiba ada widget kat bawah pula. Kena baca pula tu. Sebab kekadang mood malas nad nak scroll blog sampai bawah bawah tu akan muncul secara tidak sengaja. Tu bagi nad la. Tak tahu la bagi orang lain


3. Komen dan shoutbox yang memerlukan word verification. Haa... Ini la nad paling tak suka sangat. Lepas dah baca entry blog, kadangkala nad akan tulis something dekat ruangan komen atau shoutbox blog tersebut. Dah penat penat tulis, tiba-tiba muncul pula word verification. Kalau betul, tak apa la. Ini kalau salah, dah page tu kena loading lagi dan tulis ayat tu balik. Tak semua blog macam tu. Tapi agak menyusahkan sikit la


4. Read more. Sesetengah blog ada menggunakan 'read more'. Maksudnya, blog tu menunjukkan sedikit pasal entrynya dan kalau nak baca sepenuhnya kena la tekan 'read more'. Nad pun tak tahu nak kata sama ada ok atau tak menggunakan 'read more' nie. Cuma agak menyusahkan la. Dah kena loading untuk baca entry sepenuhnya. Macam mana la agaknya kalau line internet yang semput semput tu. Mesti jenuh nak menunggu


6. Entry yang caca marba. Maksudnya di sini entry yang menggunakan banyak warna dan bahasa yang sukar difahami. Lagi-lagi entry yang menggunakan colour selain warna hitam dan warna tu agak striking dan menyilaukan mata. Maybe zaman sekarang dah tak ada sangat entry macam ni. Nad akui yang dulu nad pun buat macam tu. Zaman budak hingusan dulu. Hikhik.Tak salah kalau nak menggunakan shortform dalam entry. Tapi make sure senang difahami. Lagi bagus kalau gunakan ayat penuh je. Lebih senang orang lain nak membaca


7. Tak ada follower widget atau shoutbox. Susah juga kalau nak follow kalau tak ada follower widget. Macam tak bagi follow je. Huhu. Kalau nak husnuzon, maybe dia newbie kot. Tak perasan tak ada follower widget. Begitu juga dengan shoutbox. Kalau tak ada shoutbox, susah la nak inform tuan empunya blog yang kita blogwalking dan follow blog dia



Ok la. Setakat tu je la yang nad dapat share kepada korang semua. Kalau ada apa-apa tambahan, silakanlah menulisnya di ruangan komen. Boleh la kita berkongsi ilmu. Maaf kalau entry ini ada membuatkan korang terasa or marah. Asif jiddan. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri nad sendiri. Hakikatnya kedua-duanya datang dari Allah. Fi hifzillah wa amanillah. Assalamualaikum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg