Saturday, October 4, 2014

M I M P I



Assalamualaikum w.b.t. Harap semuanya berada dalam keadaan yang baik baik dan sihat sahaja. Actually, nad tak tahu nak membebel apa untuk kali ni. Memandangkan final exam tinggal beberapa hari je nak start, so nad ambil kesempatan dan curi masa juga nak menceceh. Boleh juga legakan kepala otak yang tengah berserabut ni. Stress punya pasal la ni.

Kali ni nad nak membebel pasal apa, ye?? Cuba tengok tajuk kat atas. So, yes. Pasal mimpi. Semua orang pasti pernah merasa dapat mimpi kan. Kekadang rasa macam mimpi tu real je. Bila sedar je, hilang semua yang kita mimpikan. Memang agak spoil betul. Lagi-lagi bila tengah mimpi pasal something yang best dan diidamkan selama ni seperti dapat makan kambing golek, menang dalam pertandingan membina badan, terjumpa kawan lama and then jatuh tergolek kat tepi longkang gara-gara pakai heels *ok, dah start merepek* dan sebagainya la. Bila tersedar yang semua tu hanya mimpi, rasa menyesal la juga sebab tersedar lebih awal daripada yang sepatutnya. Hahaha.

Ok, should stop it. Intro je dah panjang melebar macam tu. Just straight to the point la, nad oii.. Sorry, my fault. Hikhik. Hmm.... macam mana nak mulakan, ek. Ok. Macam ni la. Lately ni nad rasa pelik sangat. Nad selalu mimpikan orang yang sama je. Siapa orang tu? Biar Allah dan nad je yang tahu. Nad rasa pelik bin hairan la memandangkan nad ni orang yang punya la payah nak dapat mimpi ni. Idk why. Dah beberapa hari berturut-turut asyik mimpikan dia. Tak bilang la pula berapa hari. Macam tak ada orang lain kat muka bumi ni yang boleh muncul dalam mimpi nad. Entah la wehh. Nak kata nad asyik teringatkan dia, tak la juga. Nad tersangatlah malas dan tak ada masa nak ingat dia selalu. Bukannya dapat apa pun kalau ingat dia.

Entah la. Rasa terbeban la sikit. Macam dia nak menghantui hidup nad la pula. Maybe some people akan cakap "Alaa.. tak payah fikir sangat la. Mimpi je pun. Mainan tidur je. Ni mesti tak baca doa dulu sebelum tidur kan". But, wait!!! Nad baca kot doa sebelum tidur. Tapi mesti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ni. Mungkin juga ni hanya ujian dari Allah untuk nad. Who knows, right?? Nad tak berharap yang semua mimpi tu akan jadi kenyataan. Tapi if jadi kenyataan, nad redha je. Terima dengan hati yang terbuka. Ma qaddarallah khair. Sebaik-baik perancangan, perancangan Allah yang terbaik.

p/s : Jika dia tercipta untukku, satukanlah hatiku dengan hatinya dengan jalan yang diredhaimu, ya Allah. Jika dia bukan untukku, kau hapuskanlah bayangan dia dari hidupku. Kau lenyapkanlah rasa yang bertaut di hati ini. Sesungguhnya, engkaulah sebaik-baik perancang. Amin amin 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg