Friday, December 19, 2014

Still Newbie In Photography



Assalamualaikum w.b.t.

Wahh... rasanya dah lama tak berceloteh kat sini. Agaknya dah berhabuk sikit blog ni. Meh sini nad bersihkan habuk tu (fuhh fuhh). Haha. Bukannya apa. Just kekeringan idea untuk menaip. Ni pun baru je dapat idea nak menaip semula (mentang-mentang la hari ni tak ada class. Berjimba la guna wifi). Muahaha. Jadi burung hantu kejap. Takkan la tak boleh kan. Bukannya selalu.

Sejak akhir-akhir ni nad sedang belajar edit gambar. Makin lama makin addicted la pula. Lagi-lagi perangai nad ni suka snap gambar bila tengah bosan. Tak kisah la kat mana je. Kat area KKF ni pun boleh. Ekceli, nad dah lama minat bidang photography ni. Sejak zaman sekolah lagi. Cuma dulu tak berpeluang nak belajar (maklum la. Bukan ajk ICT sekolah. Payah sikit). Minat tu berkubur sekejap beberapa tahun. Dulu pernah juga pasang angan-angan nak jadi photographer. Tapi parent tak bagi. Katanya tak menjamin masa depan. Ye la. Nak kena beli set kamera yang mahal tu. Kalau terkandas di tengah jalan, tak ke rugi jadinya.

 Lagi-lagi nad ni perempuan. Anak sulung lagi tu. Mesti la mama abah simpan  harapan yang tinggi untuk nad. Nak nad ambil course yang menjadi pilihan ramai. Contohnya, bidang perubatan. Tapi tu la. Nad ni tak minat langsung medic ni. Padahal major classmate nad dulu masa kitorang ambil aliran Sains Agama dulu semuanya nak jadi doktor. Cuma nad je yang pelik sikit. Kakak saudara siap recommend dan simpankan buku medic dia untuk nad lagi. Harap sangat nad ambil medic. Tapi nak buat macam mana, Dah tak minat, takkan nak paksa diri pula. Nasib baik mama abah tak memaksa. Beri nad buat pilihan sendiri.

Minat nak mengedit gambar ni berputik kembali apabila ramai classmate nad pandai edit gambar. Setiap kali on insta, mesti nad akan stalk insta diorang dulu. Gambar diorang dah la cantik cantik. Setiap kali nad tengok tu, rasa nak jerit je. Lawa sangat. Unik. Major snap gambar nature. Lagi la lawa. Tapi nad tak la terer macam diorang semua tu. Masih budak hingusan yang baru bertatih. Masih banyak yang perlu nad belajar dan explore lagi. Nad belajar daripada tutorial igersganu dengan igersperlis ni. Kalau nak suruh explore vscocam tu sendiri, memang liat sikit la.

Jom terjah ig classmate nad yang meletup kebaboom ni



Gambar hasil edit oleh nad. Tak lawa mana pun. Biasa biasa je




Kat KKF



Tepi pantai di Penang National Park




Kawasan sawah padi berhampiran KKF


Main campus, Pauh Putra



Penang National Park


p/s : Bukan berniat nak promote ig sendiri. Suka hati korang la nak cakap apa pun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg