Wednesday, April 22, 2015

Have A Safe Journey




Assalamualaikum w.b.t.

Pukul 6.45 pagi nanti pak cik akan naik flight dia untuk ke sana. Ada hal sikit. Nasib baik dia dah inform awal awal. Tak ada la nad nak terasa nanti. Boleh prepare agar hati ni terus sado. Hihi. Actually, terasa berat hati nak lepaskan dia pergi sana. Tak tahu kenapa. Tak sedap hati semacam. Perasaan je ni kot. Risau tu tak payah cakap la. Nak je halang, tapi apakan daya. Tak ada hak nak larang. Lagi-lagi tempat yang dia nak pergi tu maybe tak ada line. No internet connection.

Mereput la kau nad kat rumah ni. Nasib baik dia cakap yang sampai je kat airport sana, dia nak inform. Lega sikit hati ni. Fuhh. Tak harap dan tak minta pun. Atleast dia nak nad tahu. Nad siap cakap lagi kat dia yang nad rasa berat hati dan risau nak lepaskan dia pergi. Nasib baik dia pujuk dan tenangkan nad. Siap suruh nad jaga kesihatan pula tu. Kahkah. Dia dah faham benar yang nad ni macam mana. Kekadang tu ada la juga beritahu dia bila nad sakit. Sampaikan pernah rasa macam dia marah nad je. Padahal tak ada apa pun. Sensitif tak memasal. Haha.

To pak cik, jaga diri baik baik kat tempat orang tu. Jaga kesihatan tu. Jangan buat orang risau. Dah la tak boleh nak contact. Pergi ceruk pedalaman mana entah. Kalau boleh, teringin nak ikut sekali. Tapi macam la boleh kan. Dalam mimpi je la nad oii. Haha. Orang doakan yang baik baik je untuk dia dari sini. Fi hifzillah

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg