Thursday, May 14, 2015

Hari Ni Episod Last Hati Perempuan Oiii



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys ! Seperti yang kita tahu, hari ni merupakan last episod untuk Hati Perempuan ni. Bersyukur sangat sebab ada cerita ni petang petang. Tak la terasa lifeless sangat hidup ni bila tengah cuti sem. Haha. Kat kolej tak ada tv kot. Time ni la nak manfaatkan kewujudan tv ni seadanya. Hehe.



Novel ni dah lama nad khatamkan. Excited punya pasal nak tahu endingnya. Bila dah tahu endingnya, mula la nak compare dengan yang kat tv tu. Some people mesti kata "Buat apa la beli novel. Kat tv kan ada." Tapi kalau dah kaki novel macam nad ni, memang patut la beli novel. Sebab tak semestinya apa yang ada kat novel tu akan sama sebijik 100% dengan yang keluar kat tv. Kalau tak, baik tak payah jadikan sebagai drama. Baca je novel tu. Then buat kumpul habuk. Haha.


HATI PEREMPUAN

Kepada yang tak habis habis nak judge dan meroyan pasal watak Yuhanis yang ego tinggi melangit dan suka merajuk tak tentu pasal tu, biarkan je la. Tu sekadar lakonan je nak bagi nampak real macam kat dalam novel tu. Tak semestinya in real life, Mia Ahmad macam tu kan (bukannya nak back up Mia Ahmad). Kalau korang baca novel tu, lagi la rasa nak meroyan. Nak campak je novel tu tapi sayang woii. Dengan Yuhanis yang macam tu dan Tengku Amalin yang serupa macam nenek sihir dah. Kahkah.




Sekarang ni mesti ramai perempuan yang tergila-gilakan dan admire lelaki macam Tengku Zaril kan. Dah terbukti dah. Buka je insta Syarul Ridzwan, berduyun-duyun like dan comment especially girls. Haha. Nad just like je. Tak berani nak comment. Ambil la TZ korang tu. Kalau nad, cukup la sekadar Syed Ammar tu. Not bad la juga kan. Luls. (eee... tak malunya budak ni). Kahkah.



Of course la sekarang ni online seller boleh mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda memandangkan bawal yang Yuhanis pakai tu dah jadi trend dah. Hangat di pasaran macam pisang goreng cheese pula. Kaum hawa sibuk mencari dan shopping tudung ni. Biasa la kan. Perempuan dan shopping dah macam kembar dah. Tak boleh nak dipisahkan. Nad pun dah terjebak beli tudung ni sehelai. Saje je nak test pakai. Padahal tak pernah pakai lagi. Adik yang rasmikan dulu tudung nad tu. Huhu.

4 comments:

  1. best ker cerita nie... betullah saya ketinggalan banyak drama tak dapat ikut sampai habis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not bad la. Depends kpd orang la. Biasa la. Drama Melayu. Mesti ada yg clichenya. Hihi :)

      Delete
  2. dah habis erk citer nie..
    hehee secra jujur nya tak pernah pun tgok cter nie kat tv.. just baca novel jep. best sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah habis dah pun. Baca novel tu pun best jgk. Hihi :)

      Delete

Assalamualaikum. Hi! Please drop your comment and opinion here. Harsh and dirty words are strictly prohibited. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg