Saturday, April 18, 2015

Sebab Pakai Shawl



Assalamualaikum w.b.t.

Holla ! Annyeong haseyo *orang korea mana sesat entah. Rasa macam dah lama tak menaip dan menceceh kat sini. Tetiba jadi rindu. Menggedik la kau nad oii. Haha. Sorry sebab tetiba menghilangkan diri. Elehh... macam ada orang kisah je kan. Tak apa. Bukannya apa. Tahap kelajuan wifi yang kurang memberangsangkan yang menjadi penghalang nak menaip. Jahat betul internet tu. Dengki tak habis habis. Kahkah.

Kali ni nak share sikit pasal shawl. Alaa.. shawl kan dah berlambak dijual sekarang ni. Kalau pergi pasar malam atau jalan TAR, berlonggok shawl dijual. Trend sekarang ni. Kalau dulu, trend pakai bawal. Nad pun membesar dengan tudung bawal ni. Tapi lately ni lebih prefer pakai wideshawl. Curang ni. Hihi. Ada je someone yang tanya kenapa nad asyik pakai shawl pergi class. Bagi nad, better pakai shawl dari bawal. Maybe some guys lagi suka perempuan pakai bawal tapi terpulang la pada diri masing-masing. Setiap orang ada opinion dan pilihan sendiri.



First of all, pakai shawl ni boleh jimatkan bil elektrik. Macam mana la tu. Macam ni la. Kalau pakai tudung bawal, kena la iron kan. Tapi kalau pakai shawl, tak payah iron pun tak apa kalau shawl tu daripada cotton viscose. Kalau daripada chiffon atau satin, kena iron la. Pakai shawl lagi better untuk orang yang malas nak iron tudung sebelum keluar rumah atau pergi class, office termasuk nad sendiri. Kalau nad la kan, kekadang tu terasa payah nak iron tudung bawal. Dah iron banyak kali still berkedut juga. Last last pakai shawl juga pergi class. Hihi.


Second, menjimatkan masa. Kalau terlambat bangun nak pergi class atau office, tak payah susah susah dan kelam-kabut fikir nak iron tudung. Buka wardrobe rembat je shawl dan lilit bagi kemas. Haha. Situasi ni selalu terjadi kat nad kalau terlambat bangun untuk pergi class pagi. Kelam-kabut pergi mandi dan bersiap. Lilit je shawl, adjust bagi kemas dan dah siap. Pakai shawl ni boleh jimatkan masa bagi seseorang yang dah pro bab lilit lilit shawl ni. Yang boleh pakai shawl dengan pantas macam nad ni *ehh... perasan pula. Kalau bagi orang yang baru nak try pakai shawl, memang berjam-jam la duk melilit shawl tu. Terkial-kial nak cucuk pin sana sini. Practice make perfect kan. Dulu pun nad macam tu. Kalau nak pakai shawl kena stand by atleast 15 minit sebelum pergi keluar. Banyak habiskan masa kat depan cermin semata-mata nak lilit shawl je. Kahkah.


Third, pakai shawl ni senang dan mudah. Tak payah fikir pasal cap atau awning tu buruk. Kalau pakai bawal, kena make sure cap tu tegang dan cantik. Kalau tak, memang buruk la jadinya. Kalau pakai tudung sarung, kena jaga awning tu betul-betul. Kalau tak, habis la kemik awning tu. Pakai bawal kena sopan sikit. Kalau berkedut, jatuh saham nanti. Haha. Kalau pakai shawl, lantak la apa nak jadi. Tak ada awning atau cap. Tak payah nak tiup tiup cap tu bagi tegang dan elok balik kalau ada angin. Nad memang fail bab cap tudung ni. Selalu je pakai tudung bawal tapi cap tak jadi. Buruk kot. Teringat pula zaman sekolah dulu. tak habis habis menghadap cermin semata-mata nak betulkan cap tudung yang hancur lebur tu.

Last but not least, nad rasa bawal ni tak sesuai la based on bentuk muka nad. Entah la. Tak tau kenapa. Kalau pakai tu, selalu je rasa buruk je muka tu dan tembam semacam. Maybe just perasaan nad je. Tapi memang ada je bentuk muka orang yang tak berapa nak sesuai sangat kalau pakai bawal. Actually, confident tu yang penting. Kalau nad pakai bawal, asyik rasa macam ada je yang tak kena. Nak belek je tudung tu selalu. Haihh.

Actually, tak kisah la korang nak pakai shawl, bawal, tudung sarung atau tudung periuk sekalipun. Terpulang kepada diri dan keselesaan masing-masing. Asalkan menutup aurat dan labuh menutup dada. Nampak lebih manis, sopan dan selamat sikit. Kalau nak pakai bawal tapi malas nak iron, sekarang kan ada tutorial shawl jadi macam bawal. Nad dah pernah try. Ada cap macam bawal. Setiap jenis tudung ada pros dan cons yang tersendiri. Just be yourself. Jangan terlampau mengikut trend tapi aurat tak terjaga. Hihi.


Kemma's Huge Giveaway !



Klik banner untuk join

Assalamualaikum w.b.t.

Kali ni nad nak join giveaway dari blogger cute ni. Actually, Hana dah lama tag nad join GA ni. Tapi baru sekarang nak join memandangkan due date 2 Jun 2015. Lama lagi kan. Masih banyak masa lagi. Jom la join berjemaah GA ni. Ada banyak ganjaran yang menanti. Kepada Hikma, nad dah follow semua syarat yang awak berikan termasuk follow blog, insta, twitter dan like page,

Mangsa tag :

  1. Izzati Amira
  2. Cik Belbel
  3. Nadya Shafiqa
  4. Aisya Ibrahim

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada jam 10.00 malam 16 April 2015 hingga 11.59 malam 30 April 2015. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 425.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.
Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
DJH | JULIA | KAKITRAVEL | AZREEN | ANA | SOLEHAH | SALINA | SITI | MASZULL | AZNEY | JAJA | SAYIDAH | QEELA | HIDAYU | PAPAGLAMZ | ENY | FARHANA | ADDA | 
2. Wajib Like Fanpage Sponsor
3. Follow  Instagram Sponsor
DJH | SALINA | NURUL | MASZULL | JAJA | 
SAYIDAH | QEELA | FARHANA | ADDA |
4. Tambah Google Plus Sponsor 
+julia jamaludin  +Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.


Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :



Kredit Untuk +Mia Liana 


7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

 Sekian Terima Kasih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg