Saturday, May 30, 2015

Fabulous Feast For 6 Of Rasamas



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys ! Story ni ekceli patut ditulis last week lagi. Means dah basi dah pun. Sorry la. Lately ni mood nak blogging ni agak ke laut sikit. Entah la. Maybe sebab cuti sem dah nak sampai ke penghujungnya. Kot la kan. Tak tahu kenapa.

Kalau bab makan kat luar ni, family nad agak jarang sekali makan kat luar. Memandangkan mama nad tu suri rumah. So, tetiap hari dia akan memasak kat rumah. Tetiap hari juga la dengar bunyi sudip kuali berlaga-laga ketung ketang. Haha. Lagi-lagi abah pula jenis yang tak suka sangat makan kat luar. Selalu nak makan hasil air tangan dari isteri yang tercinta (so sweet). Kihkih. Lagipun tekak abah mama ni tekak pure orang Melayu. Mana la nak sangat makan western western ni. Boleh dibilang dengan jari la kitorang dapat makan mewah mewah kat luar macam Pizza Hut, Nando, Johnny's and so on. Paling mewah pun makan pizza kat Pizza Hut dan Dominos Pizza. Maybe sebab abah tak suka bazirkan duit semata-mata nak makan atau beli something yang mewah mewah. Be humble, maybe. Syukur dengan apa yang ada kan.

Kalau nad pula, paling mewah dan high pun pernah la makan kat Sushi King. Tu pun makan dengan housemate dan ko-k mate. Sengaja nak try. Nad pun tak macam orang yang kat luar sana makan kat tempat mewah mewah especially urban cafe yang dah berlambak-lambak. Seoul Garden la. Dubu dubu la. Maybe sebab nad ni kuat makan. So, better spend money makan kat tempat yang biasa biasa je asalkan lepas tu boleh melantak kat tempat lain. Tak la hujung bulan menghadap maggi pula. Haha.

Last week lepas je ambil mama kat PJ sebab mama ada perjumpaan dengan kawan-kawan sekolah lama dia, tetiba je perut mula rancak berkeroncong. Ye la. Dah pukul 6 lebih kan. Memang patut rasa lapar pun. Lagi-lagi stress sebab asyik salah masuk jalan. Sesat kat mana entah. Rupa-rupanya tempat tu dekat je. Kejap je boleh sampai. Tapi disebabkan dah melilau lilau ke mana entah, tu yang jadi lambat sampai. Dekat je dengan CFS IIUM PJ je kot. Kahkah. Then, mula la pening nak decide kat mana nak dinner. Satu satu suggestion di'reject'. Cerewet bebenor. Pergi la kat area Gombak. Sengaja menggedik masuk kat KL Festival mall tak pernah masuk kat situ lagi. Masuk je kat situ, berlambak restoran mewah kat situ. Sushi King, Baskin Robin, Nando and so on la. Matlamat utama masuk situ just nak makan kat food court je. Cari punya cari tapi hampeh. Food court tak ada kat mall. Memang tak la nak makan kat restoran yang ada kat situ. Apa-apa hal of course nak makan masakan Melayu juga.


Lepas solat Maghrib, tetiba timbul idea nak makan kat Giant Batu Caves. Lagipun dah lama tak datang ke situ. Dulu waktu nad kecik kecik, suka sangat datang situ. Nad suka main kat gelongsor besar kat ruangan playground. Budak kecik tahu main je kan. Asalnya nak makan kat food court je. Then, ternampak restoran Rasamas. Stop kejap kat depan restoran tu sambil tinjau tinjau menu. Agak dah lama berdiri kaku kat depan tu, terus decide masuk ke dalam. Belek-belek dan pilih menu. Kalau makan kat tempat yang macam tu, better pilih family set kalau datang berjemaah. Kalau amik ala carte, rugi woo. Melambung duit tu. Belum charge GST lagi. Family nad pilih set Fabulous Feast for 6. Alang-alang kitorang berlima je, extra seorang je kot. Tak apa. Kitorang semua kan kaki melantak. Hihi.

Set tu mengandungi :

  • 1 whole roaster
  • 3 plate chicken rice
  • 1 spaghetti bolognaise with chicken ball
  • Fish fillet with crinkle fries
  • Assam laksa
  • 1 mixed vegetables
  • 1 french beans
  • 6 glass of beverages
  • Single scoop ice cream




Roaster

Dalam set ni, kita boleh choose sama ada nak ayam blackpaper ataupun percik. Nad suka sangat blackpaper tapi nak buat macam mana kan. Abah mama pula pilih percik. Bedal je la. So far, ayam percik dia not bad la. Lembut je. Senang nak potong untuk orang yang tak berapa nak pandai gunakan sudu garfu macam nad ni. Berbaloi la nak melantak lagi-lagi tengah kebuluran kan.


Chicken rice

Dalam set ni je, just disediakan 3 pinggan nasi je. Mula-mula tu tak perasan yang set ni ada sediakan hidangan lain. Kat menu tu just nampak nasi dengan spaghetti je. Masa makanan dah sampai tu, ya Allah baru sedar yang tak payah order 2 pinggan nasi extra pun tak apa. Nasib baik la habis licin semua makanan tu. Kalau tak, membazir jadinya.


Spaghetti bolognaise with chicken ball

Spaghetti dia ok la bagi nad walaupun tak sesedap macam kat Pizza Hut atau Secret Recipe tu. Cuma kuah tu agak kurang sikit. Nad lagi suka kalau kuah tu banjir sikit. Nasib baik tak masam sangat. Biasa biasa je.


Fish fillet with crinkle fries

Ni la satu-satunya menu yang nad rasa paling best dalam set ni. Bukan sebab nad suka western food. Bukan begitu. Fish fillet dia lembut kot. Kalau cicah dengan pencicah, senang je nak hancur. Dah la tak berminyak langsung. Tak la rasa muak. Nad dulu suka la makan fish & chip. Then, dah stop sebab selalu dapat yang berminyak dan muak. Sebab terlebih salut dengan tepung kot.


Assam laksa

Ekceli, nad tak akan sentuh pun apa-apa jenis laksa kecuali laksa Sarawak je. Kalau balik kampung, bersepah orang jual laksa sebab tempat tu memang famous dengan laksa. Area Kuala Kangsar memang kawasan jajahan laksa pun. Kalau ada orang offer pun, nad akan tolak sebab tak makan. Tapi laksa kat Rasamas ni lain sikit. First nad rasa kuah laksa tu dulu. Sedap kot. Cukup rasa masamnya. Then, baru makan dengan mi dia. Tekak ni boleh terima pula. Maybe sebab mi dia tak la tebal macam laksa yang biasa tu. Siap amik kuah laksa tu makan dengan nasi ayam sekali. Memang rare betul.


Mixed vegetables

Nad suka sangat sayur ni padahal nad ni orangnya liat sangat nak makan  sayur. Tapi sayur ni sedap sangat la. Mana boleh lepaskan. Rasa perencah dia best kot dan secukup rasa. Nad makan banyak sayur ni sampaikan hampir licin dibuatnya.


French beans

Sayur ni nad tak berapa sentuh sangat. Sebab dah puas dan penat makan sayur campur tadi. Tapi, sayur kacang panjang ni memang rasa rangup walaupun dah dimasak. Bila makan tu, mesti akan keluar bunyi krup krap krup krap.


Revive

Kitorang pilih air revive je memandangkan nad tak suka minum air pepsi, coca cola dan seangkatan dengannya. Tekak ni tak boleh nak terima. Kalau tak ada air bergas ni, boleh je hidup. Asalkan ada air kosong. Tu memang wajib ada.


Fabulous feast for 6

Whole roaster
3 chicken rice
Assam laksa
Spaghetti bolognaise with chicken ball
Fish fillet with crinkle fries
Mixed vegetables
French beans
Revive

Total = RM 68.90 + GST + 2 chicken rice (add on)
         = RM 74.60

Ala carte

Whole roaster = RM 27.90
5 chicken rice = RM 3.00 X 5 = RM 15.00
Assam laksa = RM 7.40
Spaghetti bolognaise with chicken ball = RM 10.90
Fish fillet with crinkle fries = RM 15.90
Mixed vegetables = RM 5.00
French beans = RM 5.00
Revive = RM 3.20 X 5 = RM 16.00

Total = RM 103.10 + GST
         =  RM 109.30

Save = RM 109.30 - RM 74.60
        = RM 34.70

Tapi kan, masa kitorang makan tu tak dapat pun ice cream padahal ada dalam menu set tu. Biar je la. Lagipun tengah kekenyangan sangat. Mana larat nak sumbat lagi. Halalkan je la. More info DI SINI.

p/s : Entry autopublish memandangkan tuan empunya blog otw pergi holiday.

Perkahwinan Bukan Magis !


Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys ! Please baca dan hadam baik baik. Memang sentap habis. Allahu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg