Monday, June 15, 2015

Bakat Yang Tak Berapa Nak Ada



Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys! Lately ni ada perkara unexpected yang terjadi kat diri nad. Seriously, tak sangka boleh jadi macam tu. Sebab rasa kerdil dan tak layak nak terima semua tu. Ramai lagi orang yang layak dapat semua tu. Erm. Nak buat macam mana lagi. Rezeki jangan ditolak kan. Terima je la. Hihi.





Menang contest dari Geng Vsco Cam & My IG Lah. Rasanya macam gambar nad tu simple dan tak gempak mana pun.



Contest ni paling tak sangka boleh menang. Padahal saje je edit dan post kat insta. Gambar tu pun terjumpa masa tengah godek tab hari tu. Gambar nad yang ada ice cream Tutti Fruti tu.



Gambar yang difeatured oleh igers_tikau.



Gambar yang difeatured oleh thesmart_igers.

Frankly speak, nad tak pernah rasa pun yang gambar nad gempak sangat. Still asyik rasa gambar tu simple dan entah apa-apa la. Ye la. Nad tak pro macam orang lain. Minat nak snap gambar random macam ni setelah lihat insta classmate nad penuh dengan gambar nature. Sejak dari tu nad try snap gambar dan pilih port yang ok sikit nak snap gambar. Dulu pernah ada keinginan nak jadi photographer. Nak amik bidang fotografi tapi hasrat tu terpaksa dilupakan. Redha parent kan lebih penting. Pilihan mereka yang terbaik untuk kita. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. 

Disebabkan minat tu still ada, sampai sekarang kamera DSLR still ada dalam wishlist. Haihh. Bila la boleh dapat pegang kamera besar gedabak dan super duper gempak tu. Pernah la juga minta abah belikan bila dah graduate nanti. Sebagai hadiah sebab konvo kononnya. Tapi entah dapat atau tak nanti. Tak dapat pun tak apa. Masih sedar yang mana keperluan dan kehendak. Tak dapat sekarang, boleh minta future husband hadiahkan sebagai barang hantaran. Habis koyak poket dia. Haha. Berangan je kerja kau nad oii. Kalau ada rezeki, nad akan sharekan macam mana nak snap gambar yang tak berapa nak gempak sangat macam nad tu.

I'm Back Again


Gambar hasil edit dari tuan empunya blog

Assalamualaikum w.b.t.

Holla, guys! I'm back again. Rindu tak? Cehh... perasannya kau nad. Haha. Alhamdulillah. Speaking test dah berakhir. Tinggal reading, writing dengan listening je. Tu pun lepas raya nanti. Masih ada masa nak study lagi. Hihi. Now, agak free la sikit. Padahal nak kena manage dan handle final year project lagi. Kerja tu sampai ke sudah takkan habis. Tapi, kena la pandai manage masa. In shaa Allah. Nad akan tulis entry tentang apa yang terjadi kat nad sepanjang nad mengghaibkan diri. Tunggu tau. Stay tune with sabr. Kahkah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg