Monday, February 8, 2016

Beauty Haul


Assalamualaikum w.b.t.

Holla, gais ! Macam mana cuti ni ? Best tak ? Best dan untung la siapa yang cuti sampai seminggu tu. Jealous mehhh. Nad cuti sampai esok je sebab nak bagi peluang kat staff chinese yang lain bercuti. Nad ni cuma intern je. Kena sedar diri tu sikit. Huhuhu.

Cuti panjang macam ni kerja nad cuma lepak kat rumah. Menghadap blog je la. Duk menepek kat blog yang sendu ni. Hahaha. Ada la semalam pergi keluar dengan adik perempuan nad tu. Kiranya macam girl's and sibling's day out gitu. Sengaja je nak bagi chance kat abah dengan mama berdating. Hihi. Mula-mula tak tahu nak decide nak pergi mana. Adik nad tu pula awal awal lagi dah warning tak nak pergi Sunway Putra Mall. Boring katanya. Dah dia yang tak reti nak shopping. Memang la boring. Hehe. Discuss punya discuss and finally decide nak pergi Mid Valley je. Lagipun dia pun tak pernah pergi sana. Nad pun dah berkurun tak jejak ke situ. Sebab nad bukannya kaki hang out dan melepak dengan kawan-kawan sangat. Faham faham je la. Abah dengan mama berat sikit nak lepaskan anak dara dia ni keluar tak tentu arah.

Mulanya plan just nak cuci mata je kat Mid Valley tu. Malas nak shopping shopping. Just nak makan makan je. Si Dahlia ni tak habis habis tanya kat sana ada jual aloe vera gel tak. Fanatik betul Dahlia ni dengan aloe vera sampaikan sanggup tukar pencuci muka ke yang kandungannya ada aloe vera. Jalan punya jalan, terjumpa la The Face Shop. Singgah la kejap ke sana. And then, masuk pula ke Guardian dan Elianto. Perempuan dengan beauty ni memang tak boleh dipisahkan. Kononnya nak cuci mata je. Sekali amik kau. Beli juga barang sampai berbeg beg. So, let's check it out apa yang nad sempat grab dari sana.




Jeju Aloe Vera Soothing Gel from The Face Shop (RM23.21)

Kitorang masuk The Face Shop tu sebab tertarik dengan aloe vera gel ni la. Gila tak terpikat. Buy 1 free 1 kot ! February promotion. Mula-mula tu macam tak percaya la. Ambil 1 bekas je dulu. And then, bila dah nak bayar, staff kat sana cakap Buy 1 free 1. So, betul la February promotion tu. Ingatkan ada T&C. Cepat cepat kitorang grab lagi 1 bekas. Puas betul hati Dahlia tu sebab aloe vera yang sekarang ni dah nak habis. Dah la buy 1 free 1. Jimat jimat. 99% aloe vera pula tu. Sebelum ni kitorang pakai yang dari Nature Republic (92% dan 98%). Sekarang ni tak payah sharing sharing lagi. Boleh ambil seorang satu. Tapi kena habiskan yang lama tu dulu. Jangan membazir. Hihi.



Essence Mask Sheet from Elianto (RM 9.90)

Beli mask ni gara-gara terpengaruh dengan promoter Elianto. Nad tak boleh la nak tolak kalau ada orang promote promote ni. Padahal asalnya nak survey je kat Elianto ni. Finally tergoda juga. Nad beli sebab dia kata mask ni macam gel. Best la tepek kat muka. Ada promotion buy 2 free 1 pula tu. Haihh... tak boleh tahan la dengan promotion ni. 1 paket ada 3 pcs mask. Boleh campur campur. Nad pilih aloe vera, green tea dan cucumber mask. So, total ada 9 pcs mask. Share dengan adik dan mama.



Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream from Guardian (RM 19.30)

Kenal dengan produk ni masa tengah google cari review pasal Dalacin T. Bila masuk Guardian je (nad memang suka masuk Guardian dan Watsons walaupun tak ada niat nak beli apa-apa), terus je nampak benda alah ni dulu. Macam miracle je sebab tak payah la nak tercari-cari. Padahal nad tak pernah perasan pun pasal produk ni kat drugstore. Cream ni katanya boleh mencerahkan kulit dan rawat scars kat muka. So why not nad try kan memandangkan nad memang tengah struggle nak hilangkan scars kat muka ni. 



Intense Matte Lipstick from Elianto (RM29.90)

Niat asal masuk Elianto tu memang nak survey lipstick. Sebab orang kata lipstick kat situ not bad la. Sekali sekala nak la juga merasa pakai lipstick yang bukan dari drugstore. Such a self reward gitu. Survey punya survey, promoter tu suggestkan lipstick matte ni. Mula-mula tu nak beli yang ada gloss or shine type memandangkan nad tak berani sangat nak pakai matte type. Test la kat tangan dan compare antara matte dan shine type. Rasa macam matte punya lagi lawa sebab yang lagi satu tu macam shining sangat. Macam over menyerlah. Lagipun promoter tu cakap yang matte tu moist dan new collection punya. Baru je keluar kat pasaran. Tak apa la. Sekali sekala je pakai yang matte. Nak avoid dari dry lips dan bibir tu rasa pedih bila pakai matte lipstick, apply la lip balm atau lip gloss dulu.




Let's check it out again apa yang nad beli hari ni. Ish dia ni tak habis habis shopping kan. Huhu.



Silkygirl Perfect Stay 20HR Eyeliner from Watsons (RM 16.45)

Saje je beli eyeliner ni memandangkan Dahlia teringin sangat nak beli eyeliner ni. Pakainya tak reti juga. Beli je tahu. Hahaha. Dah la buy 1 free 1. So kitorang decide la nak beli colour yang berlainan. Black dengan dark brown. Masuk je dalam kereta, terus main test test eyeliner. Memang macam apa je. Macam badut je bila pakai eyeliner ni sebab masing-masing tak reti pakai. Penat bergelak ketawa. Hahaha.

Ni semua terpengaruh dengan Twt Makeup dengan Twt Kecantikan. Kalau tak, memang tak la nad nak beli stuff macam ni. Beli pun bila ada promotion atau sale je. Dah berlambak makeup dengan skincare product. Huhuhu.



Testing new matte lipstick from Elianto. Ok la juga. Cantik colournya. Maafkan pipi yang tersembul keluar tu. Hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg